Kamis, 18 Agustus 2011

Klasifikasi Ilmu Pengetahuan Dalam Konsep Islam

Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam konsep islam tidak mengenal adanya dikotonomi antara ilmu pengetahuan umum dengan ilmu pengetahuan agama. Tidak benar apabila ada anggapan bahwa ilmu pengetahuan umum adalah ilmu kafir. Ilmu umum maupun ilmu agama adalah ilmu pengetahuan sumbernya berasal dari allah SWT.
Al-ghozali membagi ilmu pengetahuan menjadi dua jenis: ilmu-ilmu praktis (ilm al mu'amallah), Ilmu-ilmu spiritual (ilm al mukasyafah).


Ibn Khaldun menjelaskan ilmu manusia adalah mendapat sesuatu gambaran yang diketahui keadaannya dengan usaha. Ilmu ini berbeza dengan ilmu malaikat yang lebih tinggi. Namun ilmu malaikat dapat diperolehi oleh nabi dan rasul kerana mereka telah diberi sifat-sifat khusus oleh Allah untuk menerima wahyu bagi disampaikan kepada manusia lainnya. Menurut Ibn Khaldun, ilmu yang wujud dalam diri manusia mempunyai dua sumber, iaitu akal dan wahyu. Menerusi akal, manusia dibezakan dengan binatang yang tidak dianugerahkan akal dan fikiran bagi membezakan sesuatu benda.
Ibn Khaldun mengklasifikasikan ilmu kepada dua, iaitu ilmu yang diperolehi oleh manusia daripada rasul-rasul dan ilmu yang diperolehi berdasarkan proses akal. Ilmu yang pertama dinamakan al-Ulum al-Naqliyyah al-Wadiyyah (the traditional sciences), iaitu ilmu yang didapati melalui rasul Allah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah dan yang kedua dinamakan al-Ulum al-Hikmiyyah al-Falsafiyyah (the philosophical sciences), iaitu ilmu yang diusahakan oleh akal manusia.
Dalam al-Ulum al-Naqliyyah al-Wadiyyah, Ibn Khaldun menjelaskan ilmu yang terkandung dalamnya seperti berikut : (1) Ilmu Tafsir yang menjelaskan lafaz-lafaz al-Quran, (2) Ilmu Qiraah yang menyatakan bacaan al-Quran, (3) Ulum Hadith yang menjelaskan sanad dan perkhabaran perawi-perawi tentang Sunnah Rasulullah, (4) Usul Fiqh yang menjelaskan bagaimana mengeluar hukum-hukum Allah, (6) Ilmu Fiqh yang merupakan hukum yang diperolehi daripada perbuatan manusia, (7) Ilmu Kalam yang membahaskan aqidah keimanan dan hujah-hujahnya, (8) Ilmu Bahasa yang meliputi lughah, nahu, bayan dan adab. Jelasnya, semua ilmu ini adalah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Ibn Khaldun juga membahaskan ilmu Tasauf, dan Ramalan mimpi dalam khasifikasi ilmu pertama ini.
Dalam klasifikasi kedua, iaitu al-Ulum` al-Hikmiyyah al-Falsafiyyah (akal) terdapat beberapa jenis ilmu, iaitu (1) Ilmu Matematik yang menjelaskan sukatan dan ukuran, (2) Ilmu Handasah (Geometri) yang membahaskan persoalan ukuran dan timbangan, (3) Ilmu Hay’ah (Astronomi) yang melihat kepada pergerakan cakrawala, (4) Ilmu Mantiq yang menyatakan cara menjaga akal dari kesalahan, (5) Ilmu Tabie (Nature) yang mengkaji hal jisim dan persoalan-persoalan fizik, (6) Ilmu Ilahiyyat (Metafizik) yang membahaskan persoalan ketuhanan, (7) Ilmu Sihir, (8) Ilmu Rahsia Huruf, dan (9) Ilmu Kimia.
Setiap ilmu ini mempunyai cabang-cabang ilmu yang lain. Sebagai contohnya, ilmu Matematik akan melahirkan ilmu Arithmatik, ilmu Hisab, ilmu Mua’malat dan ilmu Faraid; ilmu Tabie / Fizik akan melahirkan ilmu kedoktoran dan ilmu Pertanian. Secara ringkasnya ilmu ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemikiran manusia.
Pengklafikasian ilmu oleh Ibn Khaldun secara umumnya mempunyai persamaan dengan tokoh-tokoh sebelumnya seperti al-Farabi dalam kitabnya Ihsa’ al-Ulum dan al-Ghazali dalam Ilya’ Ulumuddin, Kitab al-Ilm. Al-Ghazali sebagai contohnya menggunakan istilah syar’iyah (syariah) dan ghayr al-syar’iyah (bukan syariah) sebagai ganti kepada pembahagian Ibn Khaldun (Kamaruddin, 1996).

Dari sudut lain, Ibnu Khaldun membahagi ilmu kepada dua bahagian, iaitu : (1) ilmu asas seperti ilmu Tafsir, Hadith dan Kalam dalam ilmu-ilmu syariah dan ilmu Fizik dan Metafizik dalam falsafah, (2) ilmu alat seperti ilmu Bahasa dan Matematik dalam ilmu-ilmu syariah dan ilmu Mantiq dalam ilmu falsafah yang menjadi wasilah bagi memahami ilmu asas. Mengenai kandungan ilmu asas berbanding dengan ilmu alat, Ibn Khaldun menyatakan skop perbincangan, penghuraian, pembuktian ilmu asas perlu diperluaskan dan diperinci, sedangkan skop ilmu alat cuma perlu setakat mana ia dapat membantu pelajar memahami ilmu asas (Ibrahim, 1996).
Berdasarkan apa yang dibincangkan di atas, jelaslah Ibn Khaldun merupakan seorang tokoh epistemologi yang ulung. Ringkasnya, dunia Islam dan barat dapat mengambil banyak manfaat daripada usaha beliau ini. Tokoh barat, G. Sarton menyanjungi Ibn Khaldun sebagai “...the greatest theoritician of history, the greatest philosopher of man’s experience, not only of the middle ages, but the whole period extending from the time of the great classical historians down to that of Machiavelli, Bodin and Vico.” (Fischel, W.J, 1967)


Evaluasi
  1. Guru Katro pada sekolah SD Ndeso mengarahkan pada siswa kelas VI, setelah tamat dari SD lebih baik melanjutkan ke MTS daripada ke SMP dengan alasan Ilmu yang dipelajari di SMP adalah ilmu kafir. Apa pendapat anda mengenai pemikiran guru katrok tersebut? Apabila anda bekerja pada SD tersebut bagaimana sikap anda terhadap permasalahan tersebut. Apa yang anda lakukan?
  2. Dalam suatu rapat dinas pada SD Tukul, Guru Arwana berpendapat bahwa penanaman nilai-nilai moral adalah menjadi tanggung jawab guru agama karena harus disampaikan oleh tenaga profesional. Bagaimana pendapat anda mengenai pendapat tersebut?